(SESI 1)
Bengkel Fardhu Kifayah Pengurusan Jenazah
Biro Wanita Masjid An Nur Taman Puterajaya Telipok Kota Kinabalu
Al ‘Ashr : 1-3
Kursus ini dijalankan dengan kerjasama daripada Biro Wanita Masjid An-Nur Taman Putera Jaya, Telipok dan Jabatan Agama Islam Sabah Bahagian KK.
Bengkel bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi dijalankan secara ceramah dan praktikal. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat tempatan di Taman Puterajaya Telipok amat menggalakkan kerana kebanyakan mereka dapat berinteraksi serta dapat mengemukakan persoalan berkaitan dengan kematian dan pengurusan jenazah. Mereka juga melahirkan rasa puas hati dan berterima kasih kepada Jawatankuasa Induk Masjid An Nur Taman Puterajaya di atas Ketulusan dan keperihatinan mereka dalam melaksanakan Aktiviti dan program-program.
Biro Wanita Masjid An Nur
Islam sentiasa mendorong kepada kecemerlangan, kemakmuran dan pembangunan dalam semua segi kehidupan. Sayangnya dalam bidang inilah kita mengalami kelemahan dan kemunduran. Dalam pada itu kecemerlangan dan pembangunan tidak juga bermakna jika tanpa disertai jiwa yang tenang dan perut yang kenyang. Kita juga memerlukan sebuah masyarakat saintifik dan progresif yang bermoral, adil dan penyayang. Maka dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan umat Islam mereka mestilah bersama-sama memainkan peranan membangunkan umat melalui pengertian fardhu kifayah yang sebenarnya. Mereka tidak sewajarnya menyempitkan fahaman mereka terhadap fardhu kifayah tentang perkara yang berkaitan dengan kematian sahaja sedangkan makna tuntutan fardhu kifayah sangat luas.
Gambar Hiasan (Kursus Penyelenggaraan Jenazah)
Jelaslah, setiap umat Islam perlu menyumbang fikiran, kepakaran dan tenaga dalam pelbagai bidang yang diceburi mengikut kemampuan masing-masing agar semua fardu kifayah dilaksanakan. Persoalan perlaksanaan fardu kifayah tidak sepatutnya dipandang mudah kerana melibatkan kepentingan semua.
Biro Wanita Masjid An Nur
Biarpun soal memenuhi keperluan fardu kifayah sudah memadai dilakukan oleh individu atau kumpulan, sebenarnya setiap orang beriman tidak terlepas dalam tanggungjawab agar hal berkaitannya menjadi lebih sempurna.